Kad Undangan Digital

Dapatkan kad undangan digital dalam pelbagai design dengan harga yang berpatutan

Lihat Design

KATEGORI

SOALAN LAZIM

Apakah Kad Undangan Digital?

Kad undangan digital adalah kad jemputan yang mempunyai pelbagai fungsi untuk memudahkan pihak majlis dan juga tetamu yang dijemput. Pelanggan akan mendapat 1 link untuk di share sebagai jemputan kepada para tetamu majlis anda.

Apakah fungsi yang terdapat pada kad ini?
  • RSVP – Tetamu boleh hantar maklumbalas kepada pihak majlis tentang status kehadiran mereka.
  • Reminder – Tetamu boleh simpan tarikh pada kad sebagai peringatan di telefon pintar.
  • Contact – Hubungi atau whatsapp pihak majlis hanya dengan 1 klik. Sehingga 5 nama dan nombor telefon boleh diletakkan di ruangan ini.
  • Lokasi – Penunjuk arah ke lokasi majlis menggunakan Google Maps atau Waze.
  • Guestbook – Ruangan ucapan untuk diisi oleh para tetamu yg dijemput.
  • Countdown –  Countdown kepada tarikh hari kejadian yang dipaparkan pada kad
Berapa lama tempoh validity kad digital ini?

Semua kad yang telah siap mempunyai tempoh validity selama sebulan selepas tarikh hari kejadian pada kad tersebut. Setelah sebulan kad tersebut akan dilupuskan dari server. Anda boleh menempah kad digital seawal mana yang anda mahu kerana tempoh validity ini hanya akan bermula selepas tarikh hari kejadian.

Maklumat pada kad boleh ditukar setelah kad siap?

Sebarang pertukaran maklumat seperti tarikh, alamat, nombor telefon dan lain-lain boleh ditukar selagi belum sampai tarikh yang tertera pada kad tersebut.

Berapa lama tempoh untuk siapkan kad digital?

Tempoh masa untuk siapkan kad digital  hanyalah mengambil masa 1-2 hari bekerja sahaja, bergantung kepada segala maklumat lengkap yang telah diberikan dan juga setelah pembayaran dibuat.

Macam mana nak isi maklumat majlis?

Selepas anda membuat pembelian, kami akan hantar satu link form untuk mengisi maklumat majlis melalui nombor whatsapp anda.

Apa yang pelanggan dapat selepas membuat pembelian?
Anda akan diberikan 2 pautan atau link. Link yang pertama ialah link kad digital untuk diberikan kepada tetamu yang ingin dijemput. Link yang kedua ialah link jawapan maklumbalas status kehadiran. Link ini bertujuan untuk memudahkan pihak majlis membuat anggaran jumlah tetamu yang akan hadir.

Contoh link kad digital:- https://www.live.onlinekad.com/n002

Contoh link pengesahan kehadiran:- https://www.live.onlinekad.com/rsvp

 

Masih keliru?

Anda boleh mengemukakan sebarang soalan ke talian whatsapp kami.